Combo Hasrizal Abdul Jamil : Jejak Tarbiah (4 Books)
in stock
RM125.00 RM112.50
in stock
Add to WishlistAdd to CompareAvailable for single or combo purchase. Please choose at variation
1. HASRIZAL ABDUL JAMIL : JALAN SEHALAH
“Tahukah wahai diri, ke mana engkau sedang memandu?”
Tanpa mengira cara dan cuaca, pemandun kehidupan kita sentiasa bergerak ke hadapan. Kita perlu cekap menggunakan cermin kanan, kiri, belakang dan hadapan agar kita selamat menuju destinasi.
Jalan sehala merupakan nukilan kritis penulis terhadap pemanduan hidup seseorang manusia. Sepanjang pemanduan, mata dan akal haruslah bekerjasama untuk mensyukuri pemandangan indah di cermin kanan, menginsafi mehnah dari arah cermin kiri, menilai jauhnya perjalanan mrllui cermin belakang, dan fokus kepada tujuan di cermin hadapan. Hakikatnya, kita semua memandu di atas jalan sehala yang sama.
2. HASRIZAL ABDUL JAMIL : SETIA DENGAN KEBENARAN
Buku Setia Dengan Kebenaran tulisan Hasrizal Abdul Jamil adalah kumpulan artikel bernada travelog santai tetapi berintipatikan persoalan yang serius dan isu yang rumit. Penulis merungkai, mengkritik, memberikan pandangan berkaitan isu semasa, budaya, kebekuan mentaliti masyarakat, sambil menawarkan solusi dan sudut pandang yang lebih sejahtera dengan rujukan nas utama agama: al-Quran dan al-Sunnah. Pelbagai persoalan yang dikemukakan dicungkil daripada perjalanan penulis sepanjang hidupnya. Dengan judulnya “Setia Dengan Kebenaran”, penulis mengajak ke semua pembaca supaya kekal setia dengan kebenaran meskipun berada dalam kelompok minoriti dan terasing.
3. HASRIZAL ABDUL JAMIL : SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH
SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH adalah sebuah catatan kembara. Kembara yang melihat dengan hati. Kembara yang bertujuan untuk memahami cara kerja Allah pada alam dan manusia. Pada Syariatullah dan Sunnatullah yang mengaturnya.
SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH adalah naskhah yang merakam catatan kembara Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di bumi Khilafah Othmaniyyah, Turki, pada mengenal hati budi kenalan dan teman, yang sudah lama berkongsi persaudaraan atau yang disapa di pinggir jalanan. Pada penulis kesemua mereka adalah cara Allah mendidik untuk melihat Islam dengan penuh yakin, bahawa sehitam mana pun gelapnya malam, sentiasa ada kunang-kunang meminjamkan cahaya, bekal menanti sirnanya gelita, hingga terbit fajar janji-Nya.
4. HASRIZAL ABDUL JAMIL : MA OON RIZAL CIKGU MALAYSIA DI FINLAND
Mendengar suara hati di negeri salji meskipun sunyi bukanlah mudah.
“Hasrizal, kamu lahir pada zaman yang salah dan menginginkan sesuatu yang tiada
pada realiti hari ini. Mungkin lama selepas kamu tiada nanti, barulah kamu akan
difahami!”
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet.