>
>
>
>
Filosofi Bawang

Sebuah buku yang ditulis oleh penulis bestseller, Anie Alja yang terkenal dengan tulisan tajam dan sarkastik beliau, selepas buku Filosofi Mak Singa.

Filosofi bawang bukan sekadar buku membawang kosong, tapi penuh dengan teguran terhadap fenomena masyarakat kita, yang bakal menjentik hati pembaca dan membawa kesedaran untuk mengubah keadaan kepada yang tidak betul kepada betul.

“Dalam kebanyakan orang Melayu, sifat bawang ini berakar umbi dalam diri. Kita selalu rasa dibuli, dianaktirikan dan dibawangkan oleh orang keliling.Kita sering rasa diri menjadi mangsa keadaan, mangsa orang lain, seolah-olah kita tidak mampu berbuat apa-apa. Diam-diam beriman konon.”

Filosofi bawang bukan sekadar buku membawang kosong, tapi penuh dengan teguran terhadap fenomena masyarakat kita, yang bakal menjentik hati pembaca dan membawa kesedaran untuk mengubah keadaan kepada yang tidak betul kepada betul.
Pemilihan perkataan “bawang” bersesuaian dengan situasi trend masa kini. Buku ini ditulis dengan mengambil kira pelbagai situasi dalam kehidupan dan pergaulan seharian. Cara penulisan yang bersahaja menjadikan buku ini menarik untuk dibaca oleh semua peringkat umur.
Antara sifat “bawang” dalam diri manusia yang perlu dinilai dan diubah oleh diri sendiri ialah seperti Self-doubt (kurang keyakinan/berfikiran negatif), High self esteem (merasakan diri sentiasa betul) dan Narcissitic Personality Disorder-NSD (memuja diri sendiri).
Buku in menarik untuk dibaca sebagai salah satu buku untuk menilai kembali nilai-nilai dalam diri.
Tajuk : Filosofi Bawang
Pengarang : Anie Alja

 

 

Weight 0.5 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Start typing and press Enter to search

Shopping Cart

No products in the cart.