Hamka : Tafsir Surah Yasin dan Juzuk 23
RM25.00 RM23.75
NOTE:
Kindly take note THIS PRODUCT will be posted directly from hub Authorized Distributor.
However if you wish to come FOR self pick up at Bandar Saujana Putra, we can do the arrangement between 3-5 working days. Do WhatsApp us at 0199804219.
——————————
Tafsir Surah Yasin dan Juzuk 23 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.
Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab. Tafsir Surah Yasin dan Juzuk 23 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang seringkali dibaca pada setiap malam jumaat di surau dan masjid. HAMKA mengupas makna pada surah yang seringkali dibaca ini.
Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
Weight | 1.3 kg |
---|
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet.