>
>
>
>
Ustazah NorHafizah Musa : Set 100% Muslimah (Box Set)

Ustazah NorHafizah Musa : Set 100% Muslimah (Box Set)

in stock

RM150.00

in stock

- +
Add to WishlistAdd to Compare

Tahun Terbitan: 2021

Halaman: Hitam Putih

Format: Softcover

Berat (kg): 2.065

Dimensi (cm): 20.2x 28.3 x 7.2 cm

Penerbit: PTS

Penulis: Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Ririn Rahayu, Muyassaroh Zuhri, Abu Ayyub El-Faruqi, Nani Latifah, Tim Penulis PTS

Set 100% Muslimah adalah sebuah set premium yang terdiri daripada 4 buah buku khusus buat muslimah.

Set ini memfokuskan kepada pembinaan jati diri muslimah yang sempurna lengkap semua aspek seperti intelektual, spiritual, dan juga aspek emosional pada zaman milenial ini. Muslimah milenial yang disebutkan, tidak terhad kepada muslimah yang masih belia dan mereka yang bergelar generasi Z sahaja. Sebaliknya, semua muslimah yang masih wujud mengisi keindahan alam milenial ini.

 

Zaman milenial yang indah dan canggih ini bukan sahaja menjadikan golongan ini semakin disayangi dan disanjung, malah juga membawa dan membuka pintu fitnah yang lebih besar berbanding sebelumnya. Justeru itu, Set 100% Muslimah ini diwujudkan sebagai panduan dan menjadi teman penyelamat kepada semua muslimah di luar sana.

Dua buah buku daripadanya memfokuskan kepada motivasi dan membangkitkan semangat supaya berlaku perubahan positif dalam diri setiap muslimah yang membacanya. Manakala, dua buah buku lagi menjelaskan beberapa teknik dan amalan yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian setiap muslimah, baik yang muda ataupun yang sudah berusia. Semuanya, khusus untuk dikau muslimah.

Dengan sentuhan dan garapan istimewa daripada tokoh muslimah Malaysia, Ustazah Datuk Dr. Nor Hafizah Musa dan beberapa orang tokoh hebat lagi, mudah-mudahan sebuah set ini dapat melahirkan lebih ramai lagi muslimah yang kuat, hebat, cantik, bahagia dan sejahtera intelektual, spiritual dan emosional di Malaysia ini.

Set ini menampilkan 4 buah buku:⁠

1. Hijrah Muslimah Milenial – Ririn Rahayu & Nani Latifah⁠

2. 99 Great Ways to be Wonderful Muslimah (Edisi Bahasa Melayu) – Muyassaroh⁠

3. 1000 Tips Menjadi Muslimah Bahagia – Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa⁠

4. Zikir & Doa Muslimah Solehah – Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa & Abu Ayyub El-Faruqi⁠

Semoga dengan hadirnya buku-buku berhikmah ini, para Muslimah akan semakin bersemangat untuk berusaha mempersembahkan penilaian terbaik di hadapan Allah kelak.⁠

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Start typing and press Enter to search

Shopping Cart

No products in the cart.